My Follower

Isnin, 11 Julai 2011

Pantun Jenaka ~.~'

gemuruh tubuh bukan kepalang,
diasah lembing berkilat-kilat;
gementar tubuh harimau belang,
nampak kambing pandai bersilat.

pisau wali buat peraut,
camca jatuh patah berdengung;
gila latah ikan di laut,
melihat umpan di keki gunung.

jikalau lengang dalam negeri,
marilah kita pergi ke kota;
hairan tercengang kucing berdri,
melihat tikus naik kereta.

orang menganyam sambil duduk,
kalau sudah bawa ke balai;
melihat ayam memakai tanduk,
datang musang minta berdamai.

anak hindu beli petola,
beli pangkur dua-dua;
mendengar kucing berbiola,
duduk termenung tikus tua.

punggur berdaun di atas kota,
jarak sejengkal dua jari;
musang rabun,helang buta,
baharu ayam suka hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥♥ Elmo ♥♥