My Follower

Isnin, 11 Julai 2011

Pantun 2 Kerat ~.~'

emas perak tembaga suasa,
malas bergerak tidak merasa.

pisang sesikat ikan sebelanga,
tanda sepakat makam bersama.

bunga sintang bunga senikul,
sama memengang sama memikul.

siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri.

sudah gaharu cendana pula,
sudah tahu bertanya pula.

mengata dulang paku serpih,
mengata orang dia yang lebih.

lain dulang lain kakinya,
lain orang lain hatinya.

goreng pisang goreng ubi,
abang beruntung adik rugi.

ada ubi ada batas,
ada budi boleh dibalas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♥♥ Elmo ♥♥